Monday, June 29, 2009

maKna CiNtA sEbenaR


Kisah berlaku di London, apabila seorang model kecewa setelah mendapati kekasihnya adalah suami orang. Dia bertindak membunuh diri dengan terjun daripada sebuah komdominium mewah setinggi 12 tingkat.

Jelitawan itu, Sahar Daftary pergi ke kondominium mewah milik kekasihnya itu, seoranh perunding hartanah kaya untuk mengambil barangnya. Polis percaya, pasangan tersebut bertengkar sebelum Sahar,24, pemenang “Face of Asia” terjun dari anjung hujung blok Salford Quays, Greater Manchester.

Kenapa hingga jadi begitu?rakan rapat mangsa memberitahu beberapa bulan sebelumnya pasangan itu mengadakan satu majlis di mana Sahar mengisytiharkan cintanya kepada lelaki terbabit secara terbuka. Seperti yang selalu digambarkan dalam filem-filem Hindi.Tetapi mangsa kemudian mendapati lelaki tersebut sudah berkahwin.

Apa yang peliknya dalam kisah ini ialah kekasih Sahar kemudian dibebaskan kerana semua bukti mengarah kepada perbuatan bunuh diri bukan dibunuh.

Sekarang,secara tenang..cuba anda fikir siapakah yang rugi dalam kisah ini?Sahar atau kekasih? Secara mudah kita boleh katakana kekasih Sahar yang untung. Dengan kematian Sahar semestinya dia boleh memilih kekasih lain, sedangkan Sahar?

Sahar bukan wanita biasa, dia memiliki wajah yang diperakui. Dia dengan mudah mendapat pengganti yang jauh lebih baik dari bekas kekasih sekirannya memberi kesempatan pada dirinya untuk bertenang sejenak

Sahar terlalu mencintai. Inilah silapnya tidak boleh terlalu mencintai. Sebabnya ketika itu anda berada pada arus theta .Arus ini adalah lembap. Arus ini mengarah kepada kebodohan.sekiranya arus ini diteruskan arus ini boleh berubah kepada arus yang lebih buruk iaitu arus delta. Arus ini memungkinkan anda bertindak lebih bodoh. Barangkali inilah yang telah menyebabkan Sahar tidak lagi mampu berfikir secara normal.

Surah Al-Baqarah , ayat 216 bermaksud, ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

Jadi mengapa paksa diri mengikut semua kehendak hati , sedangkan kita tidak pernah tahu apakah sesuatu itu yang baik bagi kita. Memang sekarang ini nampaknya dialah pilihan tetapi , benarkah ia terbaik buat kita. Tidak pernah kita ketahui .

Layanlah cinta seadanya, usah bercinta terlalu kelak anda tidak dapat menerima kenyataan jika sesuatu terjadi. Kemudian minta tolong daripada Allah sebab Dia tahu apa yang terbaik buat kita,sedang kita sudah tentu tidak mengetahuinya.

Buah yang kelihatan ranum kulitnya tiada siapa tahu sama ada isinya manis dan tidak berulat didalamnya. Jadi, tidak perlu direbutkan buah tersebut terima sekiranya ada rezeki. Sekiranya tidak, anggap itu yang terbaik buat kita.Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah sebab orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran, bukannya pengorbanan membuta tuli.Mereka yang sanggup berkorban maruah dan nyawa demi cinta adalah orang yang tidak memahami erti cinta sebenar.

Oleh itu, fahamilah bahawa kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab “cinta itu buta”.Tetapi disebabkan disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta. Tolong jangan jadi salah seorang mangsanya.

Fahami pasangan, terima seadanya dan anda akan bahagia bila disampingnya tidak kira apa jua kekurangan dan halangan yang melanda. Namun cinta seharusnya realistik, jangan mencintai seseorang teramat. Kelak anda akan sukar melepaskannya. Sekiranya anda mencintai seseorang, biarkan dia memilih jalan yang sesuai buatnya jangan memaksa. “Lets it Free” itu kata-kata yang selalu saya pegang. Kerna itu saya jarang berpatah balik apabila putus cinta. Cinta akan tumbuh dengan sendiri, tanpa dipaksa. Dari mata turun ke hati. Anda seharusnya mencintai diri anda sendiri sebelum mencintai seseorang. Dan kemudian cintai Dia sepenuh hati................

Thursday, June 4, 2009

cinta indah

dipetik dari forum tentang cinta.daripada saudari Syahira

Namaku Linda dan aku memiliki sebuah kisah cinta yang memberikanku sebuah pengajaran tentangnya. Ini bukanlah sebuah kisah cinta hebat dan mengagumkan seperti dalam novel-novel romantis, tetapi tetap bagiku ia adalah kisah yang jauh lebih mengagumkan dari semua novela tersebut.

Ini adalah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan ibuku, Yasmine Ghauri. Mereka bertemu di sebuah majlis resepsi pernikahan dan kata ayahku dia jatuh cinta pada pandangan pertama ketika ibuku masuk ke dalam ruangan. Saat itu dia tahu, inilah wanita yang akan dikahwininya. Ia menjadi kenyataan dan mereka telah bernikah selama 40 tahun dengan tiga orang anak. Aku anak sulung, telah berkahwin dan memberikan mereka dua orang cucu. Ibu bapaku hidup bahagia dan selama bertahun-tahun telah menjadi ibu bapa yang sangat baik bagi kami, membimbing kami dengan penuh cinta kasih dan kebijaksanaan.

Aku teringat suatu hari ketika aku masih berusia belasan tahun. Beberapa jiran kami mengajak ibuku pergi ke pembukaan pasaraya yang menjual alat-alat keperluan rumah tangga. Mereka mengatakan hari pembukaan adalah waktu terbaik untuk berbelanja barang keperluan kerana barang sangat murah dengan kualiti yang berpatutan.

Tapi ibuku menolaknya kerana ayahku sebentar lagi akan pulang dari kerja. Kata ibuku,”Ibu tak akan pernah meninggalkan ayahmu sendirian”.

Perkara itu yang selalu ditegaskan oleh ibuku kepadaku. Apapun yang terjadi, sebagai seorang wanita, aku wajib bersikap baik terhadap suamiku dan selalu menemaninya dalam keadaan apapun, baik miskin, kaya, sihat mahupun sakit. Seorang wanita harus menjadi teman hidup suaminya. Banyak orang tertawa mendengar hal itu. Menurut mereka, itu hanyalah lafaz janji pernikahan, omongan kosong belaka. Tapi aku tetap mempercayai nasihat ibuku.

Sampai suatu hari, bertahun-tahun kemudian, kami sekeluarga mengalami berita duka. Setelah ulang tahun ibuku yang ke-59, ibuku terjatuh di kamar mandi dan menjadi lumpuh. Doktor mengatakan kalau saraf tulang belakang ibuku tidak berfungsi lagi, dia harus menghabiskan sisa hidupnya di pembaringan.

Ayahku, seorang lelaki yang masih sihat di usia tuanya. Tetapi dia tetap setia merawat ibuku, menyuapinya, bercerita segala hal dan membisikkan kata-kata cinta pada ibu. Ayahku tak pernah meninggalkannya. Selama bertahun-tahun, hampir setiap hari ayahku selalu menemaninya. Ayahku pernah mengilatkan kuku tangan ibuku, dan ketika ibuku bertanya ,”Untuk apa kau lakukan itu? Aku sudah sangat tua dan hodoh sekali”.

Ayahku menjawab, “Aku ingin kau tetap merasa cantik”.

Begitulah pekerjaan ayahku sehari-hari, merawat ibuku dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.

Suatu hari ibu berkata padaku sambil tersenyum,”Kau tahu, Linda. Ayahmu tak akan pernah meninggalkan aku…kau tahu kenapa?”

Aku menggeleng, dan ibuku berkata, “Kerana aku tak pernah meninggalkannya…”

Itulah kisah cinta ayahku, Mohammed Huda Alhabsyi dan Ibuku, Yasmine Ghauri, mereka memberikan kami anak-anaknya pelajaran tentang tanggungjawab, kesetiaan, rasa hormat, saling menghargai, kebersamaan, dan cinta kasih. Bukan dengan kata-kata, tapi mereka memberikan contoh dari kehidupannya....



sweet kan..memang betul ke ada seseorang yang dicipta untuk kita.bak kata seseorang pada saya suatu ketika dahulu.."saya tahu tulang rusuk saya ada pada awak!!"kepada ku.benarkah?macam mana kita nak tahu sebab kita bukan nujum,tapi ingat lah kita sebagai manusia harus tawakal dengan ketentuan NYA...selalu kita cakap,nak pasangan macam ini,nak yang sesempurna mungkin,nak yang faham diri kita macam mana,terima kita seadanya..fikirlah..mampukah kita jadi sebegitu...namun ingatlah pasangan kita juga manusia biasa..terimalah dia seadanya,,,

CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI

Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyeksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.itu tidak seharusnya berlaku.

Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.bukan kah begitu?fitrah setiap insan...

Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.

Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…

Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….

Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.

Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…

Tapi…

Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

my st post

1stly dis is my very2 st post to dis blog.haha,let me introduce myself.
people known me as sEha,huu..and lau kat uma mostly diorang pggl aku
sEha @ uSu @ aDik..haha jangan jealous coz mmg ak the youngest dlm family 
yg diterajui mr.SamSudin mAsLan wif his dearie wife, my only mum,superb~
kAtMInah NiTTa...sayang sume dlm fam ak very much.yela,lau xsayang,,xtaw kan
haha,bak kata bedok(arwah) "pe ko niey anak pokok pisang" kui9...
ak ngaku ak lah yg PALING!! dlm sume benda,ngengadew+manja+
ibu~ayah SAYANG(perasan)+sume lah,,,

k,lah..
later2 ak post ag k,
xtaw nk ngarot ag..