Monday, June 29, 2009

maKna CiNtA sEbenaR


Kisah berlaku di London, apabila seorang model kecewa setelah mendapati kekasihnya adalah suami orang. Dia bertindak membunuh diri dengan terjun daripada sebuah komdominium mewah setinggi 12 tingkat.

Jelitawan itu, Sahar Daftary pergi ke kondominium mewah milik kekasihnya itu, seoranh perunding hartanah kaya untuk mengambil barangnya. Polis percaya, pasangan tersebut bertengkar sebelum Sahar,24, pemenang “Face of Asia” terjun dari anjung hujung blok Salford Quays, Greater Manchester.

Kenapa hingga jadi begitu?rakan rapat mangsa memberitahu beberapa bulan sebelumnya pasangan itu mengadakan satu majlis di mana Sahar mengisytiharkan cintanya kepada lelaki terbabit secara terbuka. Seperti yang selalu digambarkan dalam filem-filem Hindi.Tetapi mangsa kemudian mendapati lelaki tersebut sudah berkahwin.

Apa yang peliknya dalam kisah ini ialah kekasih Sahar kemudian dibebaskan kerana semua bukti mengarah kepada perbuatan bunuh diri bukan dibunuh.

Sekarang,secara tenang..cuba anda fikir siapakah yang rugi dalam kisah ini?Sahar atau kekasih? Secara mudah kita boleh katakana kekasih Sahar yang untung. Dengan kematian Sahar semestinya dia boleh memilih kekasih lain, sedangkan Sahar?

Sahar bukan wanita biasa, dia memiliki wajah yang diperakui. Dia dengan mudah mendapat pengganti yang jauh lebih baik dari bekas kekasih sekirannya memberi kesempatan pada dirinya untuk bertenang sejenak

Sahar terlalu mencintai. Inilah silapnya tidak boleh terlalu mencintai. Sebabnya ketika itu anda berada pada arus theta .Arus ini adalah lembap. Arus ini mengarah kepada kebodohan.sekiranya arus ini diteruskan arus ini boleh berubah kepada arus yang lebih buruk iaitu arus delta. Arus ini memungkinkan anda bertindak lebih bodoh. Barangkali inilah yang telah menyebabkan Sahar tidak lagi mampu berfikir secara normal.

Surah Al-Baqarah , ayat 216 bermaksud, ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui

Jadi mengapa paksa diri mengikut semua kehendak hati , sedangkan kita tidak pernah tahu apakah sesuatu itu yang baik bagi kita. Memang sekarang ini nampaknya dialah pilihan tetapi , benarkah ia terbaik buat kita. Tidak pernah kita ketahui .

Layanlah cinta seadanya, usah bercinta terlalu kelak anda tidak dapat menerima kenyataan jika sesuatu terjadi. Kemudian minta tolong daripada Allah sebab Dia tahu apa yang terbaik buat kita,sedang kita sudah tentu tidak mengetahuinya.

Buah yang kelihatan ranum kulitnya tiada siapa tahu sama ada isinya manis dan tidak berulat didalamnya. Jadi, tidak perlu direbutkan buah tersebut terima sekiranya ada rezeki. Sekiranya tidak, anggap itu yang terbaik buat kita.Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah sebab orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.

Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran, bukannya pengorbanan membuta tuli.Mereka yang sanggup berkorban maruah dan nyawa demi cinta adalah orang yang tidak memahami erti cinta sebenar.

Oleh itu, fahamilah bahawa kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab “cinta itu buta”.Tetapi disebabkan disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta. Tolong jangan jadi salah seorang mangsanya.

Fahami pasangan, terima seadanya dan anda akan bahagia bila disampingnya tidak kira apa jua kekurangan dan halangan yang melanda. Namun cinta seharusnya realistik, jangan mencintai seseorang teramat. Kelak anda akan sukar melepaskannya. Sekiranya anda mencintai seseorang, biarkan dia memilih jalan yang sesuai buatnya jangan memaksa. “Lets it Free” itu kata-kata yang selalu saya pegang. Kerna itu saya jarang berpatah balik apabila putus cinta. Cinta akan tumbuh dengan sendiri, tanpa dipaksa. Dari mata turun ke hati. Anda seharusnya mencintai diri anda sendiri sebelum mencintai seseorang. Dan kemudian cintai Dia sepenuh hati................